Monday, 9 January 2012

Nukilan hati seorang anak

ABAH...


Pelukan abah waktu itu
Masih segar terasa
Masih hangat dalam ingatan
Walaupun abah sudah lama pergi
Wajah abah yang sentiasa ceria
Selalu bermain di fikiranku
Membuat hatiku rindu selalu
Rindu pada setiap kalimah bicaranya
Yang selalu menasihatiku kearah kebaikan
Hati ini tidak pernah sayu
Sewaktu abah masih ada
Namun,
Kehidupan harus diteruskan
Demi mencapai hasrat abah
Yang ingin aku berjaya
Dan terus berjaya dalam hidup
Dan membela nasib keluarga
Yang serba kekurangan
Tidak akan kuhampakan
Segala kemahuan abah
Kerna abah tidak pernah
Menghampakan segala permintaaanku
Walau apa pun kupinta ia tetap hulurkan
Terima kasih abah dirimu tetap ada dalam hatiku~~~

Al-fatihah~~~

#untuk abah yang tersayang..alip rindu sangat dekat abah tapi ALLAH lebih menyayangi abah.. rintihan hati seorang anak MUHAMMAD ALIFF AIMMAN BIN SAID..alip sentiasa doakan abah semoga di cucuri rahmat dan di tempatkan dalam golongan orang yang beriman.. :)

No comments:

Post a Comment